Bagaimanakah kami boleh membantu anda?
- Hak milik hartanah akan kekal bersama pemilik tersebut dan hanya akan menyerahkan sebahagian daripada tanah bawah tanah kepada Kerajaan untuk terowong MRT3
- Pemilik hartanah akan dipindahkan sementara semasa kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah dijalankan. Unit gantian sementara akan diberikan bersesuaian dengan keadaan semasa hartanah pemilik tersebut
- Setelah kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah selesai, pemeriksaan hartanah akan dijalankan dan kerja-kerja baikpulih akan dibuat sekiranya terdapat kerosakan yang dikesan ke atas hartanah semasa proses pembinaan terowong
- Kos pemindahan sementara dan baikpulih hartanah adalah ditanggung oleh Kerajaan
- Semasa proses Pemeriksaan Awam yang dijalankan selama 3 bulan bermula dari Suku ke-2 2024, maklumat berkenaan kawasan-kawasan yang terlibat dan senarai lot tanah yang berkemungkinan diambil akan diumumkan.
- Senarai tersebut akan dimuktamadkan dalam masa sebulan selepas proses Pemeriksaan Awam. Seterusnya pewartaan Seksyen 8 untuk pengambilan tanah akan dibuat dan notis pengisytiharaan pengambilan yang dicadangkan akan diberikan kepada pemilik-pemilik tanah yang terkesan.
- Prosedur pengambilan tanah akan dilaksanakan berdasarkan kepada Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960.
- Peringkat utama dalam proses-proses tersebut adalah seperti di bawah:
- Pengenalpastian Tanah: Orang awam akan dimaklumkan berkenaan kawasan yang mungkin terlibat dengan Projek MRT3 melalui pewartaan Seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dijangka dimulakan seawal Suku ke-3, 2024.
Pemakluman ini adalah bertujuan untuk memberi akses kepada MRT Corp untuk melaksanakan perincian ukur tanah dan menjalankan kajian siasatan tanah. - Pemeriksaan Awam: Semasa program Pemeriksaan Awam dijalankan, maklumat terperinci berkenaan kawasan-kawasan yang terlibat dengan projek akan dibentangkan kepada orang awam untuk maklum balas. Maklumat berkenaan Pemeriksaan Awam akan dimaklumkan di dalam akhbar-akhbar utama serta laman web dan platform media sosial MRT Corp 2 minggu sebelum ianya dimulakan.
Orang awam boleh mengemukakan maklumbalas mereka melalui borang yang disediakan secara fizikal dan juga di atas talian. Maklumbalas-maklumbalas tersebut akan diambil maklum dan disemak oleh pihak Kerajaan sebelum lot-lot tanah yang terlibat dengan pengambilan dimuktamadkan.Pemeriksaan Awam ini akan dilaksanakan selama tiga bulan dan dijangka bermula pada Suku ke-3, 2024. - Memuktamadkan Lot-lot Tanah yang Terlibat Dengan Pengambilan: Kerajaan akan memuktamadkan lot-lot yang terlibat dengan pengambilan tanah berdasarkan semakan yang dibuat ke atas maklumbalas yang diterima daripada orang awam. Proses ini akan dimuktamadkan pada Suku ke-4, 2024.
- Pengisytiharaan Pengambilan Cadangan: Notis rasmi pengambilan tanah yang dicadang akan diberikan kepada pemilik-pemilik tanah yang terkesan berdasarkan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960. Notis ini bertujuan memaklumkan pemilik bahawa tanah mereka terbabit dengan pengambilan tanah oleh Kerajaan. Proses ini dijangka akan dimulakan pada Suku ke-1, 2025.
Setelah pewartaan Seksyen 8, notis akan diberikan kepada pemilik-pemilik tanah yang terlibat untuk hadir ke sesi pendengaran (“land hearing”) di mana nilai pampasan akan ditentukan. Secara umumnya, proses ini bermula 2 minggu selepas notis diberikan. - Notis Award: Seterusnya pemilik tanah akan di maklumkan berkenaan tawaran nilai pampasan yang ditentukan oleh Pentadbir Tanah berdasarkan nilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Jumlah pampasan adalah berdasarkan kepada jumlah yang ditentukan semasa sesi pendengaran. Pengeluaran notis award akan bermula Suku ke-2, 2025.
- Bayaran Pampasan: Bayaran pampasan kepada pemilik tanah akan dilakukan dalam masa 2 hingga 4 minggu dari tarikh notis award dengan syarat semua dokumen telah dilengkapkan oleh pemilik tanah. Pembayaran pampasan akan bermula dari Suku ke-3, 2025
- Notis Mengosongkan Bangunan / Tanah: Pemilik tanah akan diberikan tempoh masa sehingga 6 bulan daripada tarikh notis dikeluarkan untuk mengosongkan tanah mereka. Pengeluaran notis mengosongkan bangunan / tanah akan bermula pada Suku ke-4, 2025.
- Kedalaman jajaran bawah tanah akan ditentukan berdasarkan keadaan tanah dan keperluan reka bentuk, biasanya di antara 20 hingga 35 meter di bawah tanah.
- Ketinggian jajaran bertingkat akan ditentukan berdasarkan aras tanah sedia ada dan keperluan reka bentuk, biasanya di antara 15 hingga 30 meter.
- Stesen MRT3 akan mudah digunakan oleh semua pengguna, terutamanya orang kurang upaya.
- Ini termasuk kemudahan seperti jubin lantai khas untuk membantu individu cacat penglihatan, tandas OKU, tanjakan untuk bergerak dengan lebih mudah, kaunter tiket yang mudah digunakan oleh pengguna kerusi roda, tempat letak kereta serta motosikal OKU, ciri-ciri khas pada lif dan pintu platform yang lebar bagi pengguna kerusi roda.