Memperkenalkan laluan lingkaran rel yang pertama di Malaysia
Laluan Lingkaran (MRT3) adalah tambahan inovatif kepada rangkaian rel Lembah Klang yang bakal mempertingkatan kesalinghubungan orang ramai.
Mengelilingi perimeter bandar sepanjang 51km, Laluan Lingkaran (MRT3) membolehkan perjalanan yang lancar di kedua-dua arah, menghubungkan rangkaian rel MRT, LRT, KTM dan Monorel yang sedia ada melalui 10 stesen pertukaran yang strategik. Penyepaduan laluan -laluan rel tersebut bakal meningkatkan ketersambungan dan kecekapan rangkaian, memudahkan pergerakan masyarakat bandar.
Laluan lingkaran ini membolehkan pintasan laluan yang lancar di mana pengguna rel boleh merentasi bandar tanpa melalui pusat bandar yang sering sesak. Dengan ini, orang ramai boleh menikmati perjalan yang lebih pantas dan mudah.
Pembinaan dijadualkan bermula pada 2026, dengan keseluruhan Laluan Lingkaran (MRT3) dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2032.
Menghubungkan Bandar dengan Lebih Cekap
Laluan Lingkaran (MRT3) meningkatkan ketersambungan untuk perjalanan yang lebih pantas dan mudah untuk semua.
Melangkah Seiring Dengan Jajaran
Ucapkan selamat tinggal kepada perjalanan yang panjang! Maria, seorang jururawat di Hospital Kuala Lumpur, kini menghabiskan masa selama 80 minit perjalanan dari Taman Sri Sinar. Dengan perkidmatan Laluan Lingkaran yang baru, perjalanan beliau kini hanya 20 minit dengan ketersambungan pantas di Stesen Pertukaran Titiwangsa.
Akses yang dipertingkat ini akan memudahkan perjalanan harian dan menyokong perniagaan tempatan berkembang, serta menghubungkan Taman Sri Sinar dan Segambut Dalam dengan kemudahan di kawasan Lembah Klang.
Menghadiri acara di MATRADE kini lebih mudah. Dengan stesen baru di Dutamas, MATRADE boleh diakses dengan mudah melalui Laluan Lingkaran, mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta.
Ini bermakna anda boleh mengahabiskan lebih banyak masa untuk menikmati acara, menyokong perniagaan tempatan serta memudahkan akses komuniti sekeliling.