Bagaimanakah kami boleh membantu anda?

  • Waktu pembinaan MRT3 bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan.
  • Sesetengah kerja pembinaan mungkin dijalankan melebihi pukul 7.00 p.m., terutamanya kerja pembinaan yang menghasilkan bunyi minima.
  • Kerja pembinaan pada waktu malam dilakukan demi kepentingan dan keselamatan awam, terutamanya aktiviti yang berisiko tinggi seperti mengangkat Gelang Kekotak Bersegmen (SBG) dilakukan selepas waktu puncak trafik.
  • Kajian Kondisi Pra-Pembinaan dan kajian impak bangunan akan dijalankan di bangunan yang berdekatan sebelum pembinaan bermula.
  • Pemilik bangunan juga akan dimaklumkan sebelum kerja dijalankan, termasuklah kerja perlindungan terhadap bangunan sekiranya perlu.
  • Kaedah pembinaan yang digunakan akan mengurangkan gangguan terhadap struktur atas tanah.
  • Kerja Instrumentasi dan Pemantauan (I&M) yang terperinci juga akan dijalankan semasa kerja-kerja terowong dilakukan untuk memeriksa sebarang pergerakan struktur, bangunan, jalan.
  • Pasukan khusus akan memantau kawasan di mana kerja pembinaan bawah tanah sedang dijalankan untuk memerhati dan melaporkan sebarang pergerakan yang berkaitan untuk tindakan segera.
  • Pemetaan dan perintisan utiliti akan dijalankan sebelum kerja pembinaan sebenar dijalankan.
  • Kontraktor akan dimaklumkan mengenai pemetaan utiliti terkini untuk merancang aktiviti pembinaan dan pemindahan utiliti, sekiranya perlu, mengurangkan gangguan.
  • Orang awam juga akan dimaklumkan lebih awal mengenai gangguan utiliti yang berkemungkinan berlaku atau telah dirancang.
  • Orang awam akan dimaklumkan seawal 5 hari sebelum kerja pembinaan yang berpotensi mengganggu sistem utiliti dijalankan.
  • Sebelum kerja pembinaan bermula, juruukur bebas akan menjalankan tinjauan keadaan pra-pembinaan di bangunan yang berada di dalam zon pengaruh kerja pembinaan.
  • Tinjauan ini, dengan kelulusan pemilik bangunan, merangkumi pemeriksaan luaran dan dalaman bangunan sedia ada.
  • Kajian ini berfungsi sebagai rujukan untuk sebarang tuntutan baik pulih pada masa hadapan berkaitan dengan kerosakan yang berlaku semasa tempoh pembinaan.
  • Pembinaan MRT3 dijangka akan bermula pada tahun 2026 dan selesai pada tahun 2032.
  • Projek MRT3 merupakan projek awam berkepentingan negara untuk kesejahteraan rakyat dan memangkin pertumbuhan negara.
  • Pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah mandatori, di mana kerajaan akan mengambil alih tanah tersebut dan memberi pampasan kepada pemilik tanah yang terkesan
  • Pemilik tanah boleh menyuarakan maklum balas kepada kerajaan semasa Pemeriksaan Awam, yang akan dijalankan pada suku ke-3 2024.

 

Untuk sebarang maklumat / bantuan lanjut, sila hubungi MRT Careline di 1800-88-6782.

Maklumat Projek

Menuju ke Era Mobiliti Baharu

Rangkaian Transit Bersepadu Lembah Klang

Menghubungkan Komuniti Melalui Transit

Spesifikasi Teknikal

Reka Bentuk Untuk Masa Depan