Bagaimanakah kami boleh membantu anda?
- Depoh akan terletak di Taman Midah, Cheras dan berdekatan Kampung Puah.
- Depoh akan menyediakan kemudahan unruk keperluan operasi dan penyelenggaraan laluan MRT3, termasuk penyelenggaraan berjadual dan tidak berjadual bagi kereta api, dan peralatan berkaitan.
- Ya, MRT Corp mementingkan kebolehcapaian dalam memilih lokasi stesen. Ini termasuklah capaian untuk pejalan kaki, bas, teksi dan kenderaan persendirian.
Lokasi pertukaran / sambungan penting bagi membolehkan penumpang untuk bertukar di antara laluan, meningkatkan liputan pengangkutan awam. Faktor yang diambil kira termasuklah:
- Ruang Legar Kongsi: Sambungan pertukaran melalui ruang legar yang sama bagi stesen yang berdekatan.
- Sambungan khusus: Laluan pertukaran berbayar atau tidak berbayar yang dikhaskan melalui sambungan bawah tanah dan / atau bertingkat.
- Sambungan aras tanah: Sekiranya sambungan khusus tidak dapat dilaksanakan, sambungan aras tanah seperti laluan pejalan kaki berbumbung atau jejambat pejalan kaki disediakan.
- The Circle Line will have 10 interchange/connecting stations that connect with 8 other rail lines.
Stesen | Rail Lines |
---|---|
S01 Bukit Kiara South | MRT Kajang Line |
S07 Kompleks Duta | KTM Tanjung Malim – Pelabuhan Klang Line |
S08 Titiwangsa | MRT Putrajaya Line, LRT Ampang Line / LRT Sri Petaling Monorail |
S14 Setiawangsa | LRT Kelana Jaya Line |
S19 Pandan Indah | LRT Ampang Line |
S22 Taman Midah | MRT Kajang Line |
S25 Salak Selatan | LRT Sri Petaling Line, KTM Batu Caves – Pulau Sebang Line |
S27 Kuchai | MRT Putrajaya Line |
S29 Pantai Dalam | KTM Tanjung Malim – Pelabuhan Klang Line |
S31 Universiti | LRT Kelana Jaya Line |
- Kemudahan tempat letak kenderaan akan disediakan di stesen terpilih yang mempunyai kemudahan capaian yang baik dan keluasan tanah yang mencukupi.
- 11 tapak PnR yang berpotensi telah dikenal pasti di sepanjang jajaran MRT3.
Apabila memilih lokasi stesen, kami menitikberatkan beberapa perkara penting:
- Bagaimana tanah digunakan: Kami melihat perkara seperti tempat tinggal dan tempat kerja pengguna, jika terdapat pusat beli belah atau stadium yang berdekatan, dan sekiranya ada ruang untuk stesen. Kami juga fikir mengenai sebarang masalah, seperti sekiranya terdapat lebuhraya di sebelah jajaran, atau kami perlu membeli tanah.
- Bagaimana laluan dihubungkan: Kami fikir bagaimana pengguna mungkin mahu bertukar dari satu laluan ke laluan lain, dan jarak stesen di sepanjang laluan.
- Reka bentuk kejuruteraan: Kami perlu memastikan jejambat dan stesen dapat dibina dengan selamat dan efisien. Ini bermakna kami perlu melihat perkara seperti kerataan tanah, keadaan bawah tanah dan kos pembinaan.
- Impak terhadap orang ramai: Kami mengambilkira perkara seperti tahap bunyi bising dan tahap kemudahan penduduk sekitar untuk ke stesen. Kami juga fikir mengenai faedah stesen terhadap kejiranan.