Bagaimanakah kami boleh membantu anda?

  • Bagi tanah bawah tanah, hak milik hartanah akan kekal bersama pemilik tersebut.
  • Pemilik tanah berhak untuk mendapat penempatan sementra sewaktu kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah sedang dijalankan.
  • Selain dari itu, pemilik tanah berhak untuk mendapatkan pampasan bagi penyerahan tanah bawah tana
  • Jumlah pampasan bagi penyerahan tanah bawah tanah akan ditentukan berdasarkan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
  • Penyediaan unit ganti akan dipertimbangkan untuk segmen masyarakat yang tertentu. Perkara ini akan disemak dan dipertimbangkan berdasarkan kes – kes khas bagi memastikan kebajikan rakyat yang terkesan dilindungi.
  • Pemilik tanah akan diberikan jangka masa sehingga 6 bulan dari notis mengosongkan tanah.
  • Namun, pendekatan yang adil dan ihsan serta pertimbangan sewajarnya akan diberikan berdasarkan kes-kes tertentu.
  • Bagi projek rel, zon penampan dikenali sebagai Zon Perlindungan Keretapi (RPZ). Rizab pertama terletak dalam jarak 6 meter dari struktur rel terluar dan hanya aktiviti terhad dibenarkan di dalamnya untuk memastikan keselamatan aset dan operasi rel terjamin.

Carta alir proses pengambilan tanah adalah seperti di bawah:

Notis Tanah Berkemungkinan Diambil Suku ke-3 2024

                ⇩

Pemeriksaan Awam Suku ke-3 2024

                ⇩

Memuktamadkan Tanah Terlibat Pengambilan Suku ke-4 2024

                ⇩

Pengisytiharan Pengambilan Tanah yang Dicadangkan 2025

                ⇩

Bayaran Pampasan Suku ke-3 2025

                ⇩

Penyerahan Notis Mengosongkan Tanah Suku ke-4 2025
  • Jumlah pampasan untuk hartanah yang diambil akan ditentukan oleh Pentadbir Tanah (LA) berdasarkan nilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH).
  • Pemilik hartanah yang terkesan akan dipanggil untuk sesi pendengaran bagi membincangkan jumlah pampasan.
  • Pemilik hartanah berhak melantik jurunilai tanah untuk menilai hartanah, untuk dibentangkan dalam sesi pendengaran.
  • Sebarang bantahan / perbincangan mengenai jumlah pampasan akan dijalankan semasa sesi pendengaran.

Maklumat Projek

Menuju ke Era Mobiliti Baharu

Rangkaian Transit Bersepadu Lembah Klang

Menghubungkan Komuniti Melalui Transit

Spesifikasi Teknikal

Reka Bentuk Untuk Masa Depan