Bagaimanakah kami boleh membantu anda?
- Secara tentatif, waktu operasi akan bermula pada pukul 6.00 pagi dan tren terakhir pada hari tersebut ialah pada pukul 12.00 tengah malam.
- Keputusan akhir watu operasi tertakluk kepada keputusan daripada Operator MRT3 kelak.
- Operasi tren dijangka bermula bermula secara berfasa, pada suku ke-4 2032.
- Kerja pembinaan yang sedang berjalan akan sentiasa dikemaskini melalui laman sesawang rasmi MRT Corp dan platform media sosial MRT Corp.
- Pasukan Komunikasi dan Perhubungan Pihak Berkepentingan juga akan menguruskan komunikasi dengan orang awam mengenai projek.
- Penutupan jalan adalah perlu untuk memastikan keselamatan awam, dan Kajian Impak Trafik telah dilakukan oleh perunding trafik.
- Pengenalpastian dan kelulusan laluan lencongan / alternatif oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
- Pelaksanaan pasukan pengurusan trafik yang terlatih akan ditugaskan dan diselia oleh pegawai pengurus trafik yang cekap.
- Pengumuman penutupan jalan juga akan dibuat lebih awal.
Langkah kawalan termasuk:
- Memastikan sistem perparitan tidak terhalang oleh bahan dan sisa binaan.
- Pelaksanaan langkah mitigasi mengikut EMP dan Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimen (ESCP) yang telah diluluskan.
Langkah kawalan termasuk:
- Semburan air menggunakan lori penyembur air di sepanjang jalan yang bersebelahan dengan tapak pembinaan secara berkala.
- Turapan atau batu pecah bagi jalan akses.
- Membersih dan menyapu tapak pembinaan secara berkala.
- Penyediaan kemudahan membersihkan tayar kenderaan pembinaan sebelum kenderaan tersebut meninggalkan tapak pembinaan.
- Pelaksanaan langkah mitigasi mengikut EMP yang telah diluluskan.