Rekabentuk Inovatif dan Lestari

Kaedah Pembinaan yang akan digunakan untuk membina Projek Laluan Lingkaran (MRT3) telah direka bentuk bagi memastikan penjimatan kos dan mengurangkan tempoh masa pembinaan. Kaedah ini bertujuan untuk meminimumkan gangguan kepada lalu lintas jalan raya dan memastikan keselamatan orang awam sepanjang tempoh pembinaan.

Aktiviti Pembinaan Utama:

Aktiviti pembinaan utama bagi Projek Laluan Lingkaran (MRT3) termasuk:

• Pengalihan Utiliti
• Pembinaan Jejambat dan Terowong Bawah Tanah
• Pembinaan Stesen Bertingkat dan Bawah Tanah
• Pembinaan Depoh
• Pemasangan Sistem
• Operasi dan Pengujian

Jejambat dan Terowong

Struktur jejambat biasanya dibina sama ada di tepi, atau median jalan. Bagi bahagian bawah tanah, pembinaan terowong akan dijalankan menggunakan mesin pengorek terowong, manakala pembinaan stesen bawah tanah pula akan menggunakan kaedah gali dan timbus.

Maklumat Teknikal

Keratan rentas jejambat galang kekotak bersegmen landasan tunggal dan berkembar seperti yang ditunjukkan di bawah

Keratan rentas terowong kembar bersegmen selari dengan diameter intrados 5.8m seperti ditunjukkan di bawah

Aras Hingar Bunyi

Garis Panduan Jabatan Alam Sekitar berkenaan Hingar Bunyi Persekitaran

Kategori Pengunaan Tanah

L Aeq

Siang

7am-10pm

L Aeq

Malam

10pm-7am

L Max

Siang & Malam

10pm-7am

Kawasan Sensitif Hingar Bunyi,

Kawasan Kediaman Berkepadatan Rendah dan

Kawasan Kediaman Pinggir

60 dBA

55 dBA

75 dBA*

Kawasan Kediaman Bandar

65 dBA

60 dBA

80 dBA*

Zon Perniagaan Komersial

70 dBA

65 dBA

80 dBA*

Zon Perindustrian

75 dBA

75 dBA

NA

*Purata tren yang melalui L max dalam 1 jam

Noise Level

Department of Environment Guidelines on Environmental Noise

Land Use Category

L Aeq

Day

7am-10pm

L Aeq

Night

10pm-7am

L Max

Day & Night

10pm-7am

Noise Sensitive Area,

Low Density and

Suburban Residential Areas

60 dBA

55 dBA

75 dBA*

Urban Residential Areas

65 dBA

60 dBA

80 dBA*

Commercial Business Zone

70 dBA

65 dBA

80 dBA*

Industrial Zone

75 dBA

75 dBA

NA

*Average train passby L max in 1 hour

Table Header Table Header Table Header Table Header Table Header Table Header
Content
Content
Content
Content
Content
Content
Content
Content
Content
Content
Content
Noise Levels Table
Land Use Category L Aeq Day (7am - 10pm) L Aeq Night (10pm - 7am) L max Day & Night (10pm - 7am)
Noise Sensitive Areas, Low Density and Suburban Residential Areas 60 dBA 55 dBA 75 dBA*
Urban Residential Areas 65 dBA 60 dBA 80 dBA*
Commercial Business Zone 70 dBA 65 dBA 80 dBA*
Industrial Zone 75 dBA 75 dBA NA
*Average train passby L max in 1 hour

Rekabentuk Inovatif dan Lestari

Kawalan kelajuan

Sistem Perlindungan Tren Automaktik (ATP) dipasang untuk memantau kelajuan tren dalam memastikan ia beroperasi pada kelajuan yang dibenarkan.

Sistem Pengawasan Tren

Sistem Pengawasan Tren Automatik (ATS) untuk memastikan pergerakan tren mendapat kelulusan setelah keadaan keselamatan telah dipatuhi.

Keselamatan Telekomunikasi

Sistem telekomunikasi yang stabil dan berkualiti tinggi akan dipasang untuk keselamatan dan pengurusan sistem MRT yang cekap.

Sistem Bekalan Utama

Semua keperluan sistem keselamatan dan peralatan operasi yang kritikal akan ditenagakan daripada Sistem Bekalan Kuasa Utama dan/atau Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan.

Sistem CCTV

Sistem CCTV untuk pemantauan berterusan dan secara langsung

Pemantauan Keselamatan

Rondaan polis yang kerap

Bahan yang Selamat

Penggunaan bahan pelepasan rendah asap, halogen sifar, rendah tenaga dan tidak mudah terbakar

Bahan Kalis Api

Bahan tidak mudah serpih dan kalis api akan digunakan untuk kemasan dalam.

Resin Tahan Nyala

Resin kalis api akan digunakan untuk pembuatan plastik tetulang gentian kaca (GRP)

Pengesan Kebakaran

Tren dilengkapi dengan sistem pengesan kebakaran dalaman dan bawah lantai.

Penggera Kecemasan

Tren dilengkapi dengan titik panggilan penggera kecemasan penumpang.

Sistem Sokongan

Tren dilengkapi dengan bateri sokongan untuk menghidupkan lampu kecemasan, pengudaraan, dan kemudahan komunikasi bagi satu tempoh masa tertentu untuk menyokong operasi penyelamatan atau pemindahan sekiranya berlaku kehilangan kuasa.

Bahan Tidak Mudah Terbakar

Bahan yang tidak mudah terbakar akan digunakan dalam tren.

Bahagian yang Dipasang dengan Selamat

Semua bahagian dan penutup yang boleh ditanggalkan di dalam bahagian penumpang akan dilindungi supaya ia tidak boleh ditanggalkan atau dibuka dengan mudah oleh pihak tanpa izin.

Dokumen Utama

Pelan and Profil

Pelan Konteks Tapak Stesen dan Depoh

Buku Rujukan Lot

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Ruang Reruai Pemeriksaan Awam kami

Maklumat Projek

Menuju ke Era Mobiliti Baharu

Laluan Lingkaran (MRT3)

Memperkenalkan Laluan Rel Lingkaran Pertama di Malaysia

Rangkaian Transit Bersepadu Lembah Klang

Menghubungkan Komuniti Melalui Transit