Menghubungkan Komuniti Melalui Transit

Projek MRT Lembah Klang (KVMRT) adalah suatu inisiatif infrastruktur transformatif yang bakal memacu mobiiti bandar yang lancar di seluruh Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang. Rangkaian laluan kereta api moden ini direka untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan ketersambungan dan menggalakkan pembangunan bandar yang mampan. Dengan menyediakan pilihan pengangkutan awam yang cekap dan mesra alam, Projek KVMRT mampu meningkatkan kualiti hidup penduduk dengan ketara dan menyokong pembangunan ekonomi bandar.

Dua laluan pertama projek KVMRT, iaitu MRT Laluan Kajang dan MRT Laluan Putrajaya, telah memberi impak yang positif kepada kehidupan seharian ribuan penduduk di Lembah Klang. Mula beroperasi sejak tahun 2017, MRT Laluan Kajang menghubungkan 29 buah stesen dari Sungai Buloh hingga ke Kajang. Manakala MRT Laluan Putrajaya mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2023, memperluaskan lagi rangkaian rel dengan tambahan 36 buah stesen, menghubungkan Sungai Buloh ke Putrajaya. Laluan Lingkaran (MRT3) yang akan datang bakal melengkapi kedua-dua laluan tersebut, meningkatkan kebolehcapaian dan ketersambungan untuk rakyat.

Terokai Laluan Lingkaran (MRT3) dalam Rangkaian Transit Bersepadu Lembah Klang

Akses peta untuk meneroka Laluan Lingkaran (MRT3). Klik atau pilih ‘Muat turun Peta’ untuk melihat maklumat terperinci bagi setiap stesen, laluan dan sambungan dalam Rangkaian Transit Lembah Klang.

Sambungan Perbatuan Pertama dan Terakhir yang Dipertingkatkan

MRT Laluan Lingkaran bakal meningkatkan pengalaman penumpang dengan sambungan perbatuan pertama dan terakhir,  “First and Last Mile” yang komprehensif. Ini termasuk rangkaian bersepadu pejalan kaki, perkhidmatan bas, dan pilihan pengangkutan fleksibel, bagi memastikan perjalanan lancar ke dan dari stesen MRT.

Strategically Timed

Buses are scheduled to align with train arrivals and departures, minimising wait times and ensuring seamless travel.

Optimised Routes

Buses cover residential areas, business districts, and popular attractions for easy access.

Effortless Transitions

Designed for smooth transfers, these buses ensure seamless travel from stations to your destination.

Convenient and Efficient

Every part of your journey is made more convenient and efficient with our well-coordinated bus services.

Sebuah rangkaian laluan pejalan kaki juga akan disediakan, merangkumi lingkungan radius 500 meter dari lokasi-lokasi utama seperti kawasan perumahan dan kemudahan awam, membolehkan akses yang selamat dan mudah ke stesen MRT. Reka bentuk laluan pejalan kaki ini mengutamakan keselamatan, aksesibiliti bagi penumpang kelainan upaya, dan keselesaan orang ramai.

  • Laluan Pejalan Kaki: Terletak di kawasan perumahan, laluan ini memudahkan akses kepada rangkaian ke stesen MRT.
  • Laluan Pejalan Kaki Berbumbung: Laluan ini direka khas seperti di kawasan pusat bandar dan komersial bagi melindungi pejalan kaki daripada elemen cuaca yang tidak menentu.
  • Jejantas Pejalan Kaki: Dibina untuk membolehkan orang ramai menyeberangi jalan raya dan lebuh raya utama dengan selamat, terutamanya berhampiran stesen MRT bertingkat.
  • Terowong Pejalan Kaki: Menyediakan akses terus bawah tanah ke pembangunan utama berdekatan dari stesen MRT.

Perkhidmatan bas pengantara sedia ada akan diintegrasikan di stesen-stesen MRT di sepanjang Laluan Lingkaran, bagi mempertingkatkan jangkauan serta kemudahan pengangkutan awam.

Untuk memenuhi keperluan kawasan yang kurang mendapat akses perkhidmatan pengangkutan awam, Perkhidmatan Demand-Responsive Transport (DRT) akan diperkenalkan. Penyelesaian pengangkutan fleksibel ini direka untuk meningkatkan kesalinghubungan, terutamanya bagi kawasan-kawasan yang tidak diliputi secara meluas oleh laluan pengangkutan awam konvensional.

Maklumat Projek

Menuju ke Era Mobiliti Baharu

Laluan Lingkaran (MRT3)

Memperkenalkan Laluan Rel Lingkaran Pertama di Malaysia

Spesifikasi Teknikal

Reka Bentuk untuk Masa Depan